Tuesday, January 6, 2009

Welcome to Kelantan in Peace

Salam Perkenalan.
Kelantan pernah menjadi negeri jajahan Siam. Dalam kurun ke-18 seorang Putera Kelantan bernama Long Yunus berjaya menguasai takhta Kerajaan Kelantan dan membentuk satu warisan Kesultanan Kelantan yang masih kekal ke hari ini.
Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi. Negeri Kelantan ada 10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Penduduknya seramai 1.4 juta orang yang mana bangsa Melayu sebanyak 94%.

Map Kelantan 2

Kelepasan Am Malaysia 2009

Jalan ke Kelantan
Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak ke Kuantan, Pahang (3 jam). Seterusnya dari Kuantan ke Kuala Terengganu, Setiu, Besut terus ke Kota Bharu (4 1/2 jam)
Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak di Bentong, menuju Raub dan seterusnya ke Gua Musang terus ke Bandar Kota Bharu.
Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak di Temerloh, menuju Jerantut, Benta dan Gua Musang terus menghala ke Kota Bharu.
Dari Pulau Pinang (Utara) melalui Sungai Petani, Baling, Grik dan melalui Lebuhraya Timur-Barat ke Jeli di Kelantan terus menghala ke Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment