Tuesday, January 6, 2009

Mercutanda Kota Bharu

pintu gerbang

Dipuncak pintu gerbang ini terletak replika al-Quran yang menggambarkan kebesaran dan kemuliaan al-Quran itu sendiri dan sebagai simbolik kepada kerajaan ini sendiri.
Binaan ini menjadi mercutanda bandar Kota Bharu. Jika anda melawat ke Kota Bharu, tidak lengkap jika tidak berehat di kawasan ini. Mercutanda ini berada berhampiran dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka, Bazar Buluh Kubu, Tambatan Diraja ditepian Sg Kelantan, Kampung Kraftangan dan Istana Jahar. Semua ini berada berhampiran pusat bandar dan anda boleh berjalan kaki untuk melawat antara satu dengan yang lain. Anda dapat parkir kereta atau bas dengan mudah dihari biasa, walau bagaimanapun ia teramat sukar di musim perayaan dan cuti sekolah. Bila ingin menjamu selera tidaklah susah kerana disekelilingnya banyak kedai makan dan gerai menjual makanan ringan. Di waktu malam terdapat banyak gerai bergerak yang menjual kacang rebus dan sotong bakar.

No comments:

Post a Comment