Tuesday, January 20, 2009

Medan Selera @ Pasar Siti Khadijah

nasikerabu

Dalam bab makan, tidak sah kunjungan anda ke Kota Bharu jika tidak makan nasi kerabu. Jika anda berada di pusat bandar, silalah ke medan selera yang berada ditepi pasar Siti Khadijah. Bermacam makanan ada disini. Nasi kerabu biasanya berwarna kelabu kebiruan hasil dari bunga kacang yang direbus bersama beras. Namun begitu nasi putih juga biasa dihidang. Kelapa parut yang digoreng bersama isi ikan, ulam yang dicincang halus, solok lada, sambal dan telur asin pasti membuka selera anda, apalagi dimakan bersama ayam percik.

nasidagang

Nasi dagang yang paling mashur adalah dihidang dengan gulai ikan aya (ikan tonggkol le) dan sambal kelapa parut (kerisik). Nasi dagang berbau harum kerana dimasukkan halba. Nasinya berwarna kemerah-merahan dan lembut seperti pulut.Rugi kalau tak try

No comments:

Post a Comment