Friday, January 9, 2009

Nasi Ulam Budu

Bilamana hampir tengah hari, tempat untuk menjamu selera yang terdekat adalah nasi ulam. Restoran Nasi Ulam Cikgu berada di bawah Muzium Kraftangan, bersebelahan Istana Jahar tadi (Jalan Hilir Kota). Kat sini menu utama dia adalah nasi hidang (layan diri) berkonsepkan makanan tradisional Kelantan, apalagi budu le. Pengunjung boleh mengambil budu, ulam-ulaman, lauk ikan tongkol, ikan kembong goreng, ayam kampung goreng dan satu jag air minuman dengan kadar berpatutan. Kedai ini diusahakan oleh Cikgu Abdul Hamid Idris.

Sepupu saya orang Johor yang amat sukar nak makan budu telah mencatat sejarah bila makan budu kat sini. Bila makan dah tak geli katanya. Cuba pergi selepas 12 30 tengah hari, semua kerusi mesti penuh. Time cuti persekolahan kalau nasib baik dapat lihat artis-artis dari KL makan kat sini. Ditutup pada hari Jumaat

No comments:

Post a Comment