Monday, January 12, 2009

Pasar Malam Buluh Kubu

nasi dagang
Nasi Dagang

nasi kerabu
Nasi Kerabu

Pasar Malam ini dahulu berada di tengah bandar Kota Bharu tetapi sekarang telah pindah di belakang flat Buluh Kubu, tidak jauh dari Pasar siti Khadijah, di belakang Majlis Tindakan Pelancongan di Kampung Kraftangan. Macam-macam makanan tradisional Kelantan ada di sini , dari kueh, nasi kerabu hinggalah tomyam. Pasar malam ini bermula selepas jam 5 petang hingga tengah malam. Cuma time maghrib semua kedai ditutup sementara lebih kurang 10 minit. Anda nak tunggu kat situ pun ok.

Dalam bab makan, tidak sah kunjungan anda ke Kota Bharu jika tidak makan nasi kerabu. Jika anda berada di pusat bandar, silalah ke medan selera yang berada ditepi pasar Siti Khadijah. Bermacam makanan ada disini. Nasi kerabu biasanya berwarna kelabu kebiruan hasil dari bunga kacang yang direbus bersama beras. Namun begitu nasi putih juga biasa dihidang. Kelapa parut yang digoreng bersama isi ikan, ulam yang dicincang halus, solok lada, sambal dan telur asin pasti membuka selera anda, apalagi dimakan bersama ayam percik.

Nasi dagang yang paling mashur adalah dihidang dengan gulai ikan aya (ikan tonggkol le) dan sambal kelapa parut (kerisik). Nasi dagang berbau harum kerana dimasukkan halba. Nasinya berwarna kemerah-merahan dan lembut seperti pulut.Rugi kalau tak try

Nasi Dagang is a type of rice with a brownish tinge steamed with coconut milk and served with fish gravy.

No comments:

Post a Comment