Tuesday, January 20, 2009

Peta Lokasi Kota Bharu

Map Kelantan KotaBharu

Banyak tempat menarik untuk anda kunjungi

Medan Selera @ Pasar Siti Khadijah

nasikerabu

Dalam bab makan, tidak sah kunjungan anda ke Kota Bharu jika tidak makan nasi kerabu. Jika anda berada di pusat bandar, silalah ke medan selera yang berada ditepi pasar Siti Khadijah. Bermacam makanan ada disini. Nasi kerabu biasanya berwarna kelabu kebiruan hasil dari bunga kacang yang direbus bersama beras. Namun begitu nasi putih juga biasa dihidang. Kelapa parut yang digoreng bersama isi ikan, ulam yang dicincang halus, solok lada, sambal dan telur asin pasti membuka selera anda, apalagi dimakan bersama ayam percik.

nasidagang

Nasi dagang yang paling mashur adalah dihidang dengan gulai ikan aya (ikan tonggkol le) dan sambal kelapa parut (kerisik). Nasi dagang berbau harum kerana dimasukkan halba. Nasinya berwarna kemerah-merahan dan lembut seperti pulut.Rugi kalau tak try

Friday, January 16, 2009

Pasar Besar Siti Khadijah

pasar siti khadijah
Pasar Besar Siti Khadijah.
It may surprise you that a majority of stalls are run by women.

Muzium Islam

Muzeum Islam

Muzium ini berada disebelah Masjid Muhammadi dan dapat dilihat jelas dari Padang Merdeka.
Opening hours is 10.30 am to 5.45 pm daily except Fridays.Admission fee RM2.00, Children RM1.00

Masjid Muhammadi

masjidmuhammadi

Masjid Muhammadi hanyalah 200 meter dari Pintu Gerbang dan Padang Merdeka. Di sinilah tempat menjadi tumpuan untuk solat Jumaat setiap minggu. Di hadapan masjid ini dipenuhi dengan gerai menjual pakaian, peralatan ibadat dan makanan ringan. Justeru pada hari Jumaat kawasan ini sesak dengan pengunjung yang mahu mendengar ceramah dan yang ingin menjamu selera.

Bazar Buluh Kubu

bazarbuluhkubu

Bazar Buluh Kubu ini terletak bersebelahan kawasan pelancongan Istana jahar, Istana Balai Besar, Pintu Gerbang, Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan. Bazar ini terkenal sebadai tempat menjual kain batik Kelantan (batik seni tangan) dan aksesori wanita seperti tudung dan sebagainya. Di aras tiga terletaknya kedai makan. Di laman bazar (arah Pasar Siti Khadijah) juga banyak gerai makan dan gerai menjual aksesori pakaian.

It is located next to the Istana Balai Besar and Pasar Besar Siti Khadijah. This bazaar is packed with many items, especially batik fabric, handicrafts, local made souvenirs, knick-knacks, batik, songket and fine silverware. Very busy during school holidays, public holidays and every Saturday.

Monday, January 12, 2009

Pasar Malam Buluh Kubu

nasi dagang
Nasi Dagang

nasi kerabu
Nasi Kerabu

Pasar Malam ini dahulu berada di tengah bandar Kota Bharu tetapi sekarang telah pindah di belakang flat Buluh Kubu, tidak jauh dari Pasar siti Khadijah, di belakang Majlis Tindakan Pelancongan di Kampung Kraftangan. Macam-macam makanan tradisional Kelantan ada di sini , dari kueh, nasi kerabu hinggalah tomyam. Pasar malam ini bermula selepas jam 5 petang hingga tengah malam. Cuma time maghrib semua kedai ditutup sementara lebih kurang 10 minit. Anda nak tunggu kat situ pun ok.

Dalam bab makan, tidak sah kunjungan anda ke Kota Bharu jika tidak makan nasi kerabu. Jika anda berada di pusat bandar, silalah ke medan selera yang berada ditepi pasar Siti Khadijah. Bermacam makanan ada disini. Nasi kerabu biasanya berwarna kelabu kebiruan hasil dari bunga kacang yang direbus bersama beras. Namun begitu nasi putih juga biasa dihidang. Kelapa parut yang digoreng bersama isi ikan, ulam yang dicincang halus, solok lada, sambal dan telur asin pasti membuka selera anda, apalagi dimakan bersama ayam percik.

Nasi dagang yang paling mashur adalah dihidang dengan gulai ikan aya (ikan tonggkol le) dan sambal kelapa parut (kerisik). Nasi dagang berbau harum kerana dimasukkan halba. Nasinya berwarna kemerah-merahan dan lembut seperti pulut.Rugi kalau tak try

Nasi Dagang is a type of rice with a brownish tinge steamed with coconut milk and served with fish gravy.

Sunday, January 11, 2009

Muzium Kraftangan

muziumkraftangan

Muzium ini berada dalam pagar Kampung Kraftangan. Pintu Gerbang, Istana Jahar, Istana Balai Besar, Kampung Kraftangan, Padang Merdeka, Tambatan Diraja dan Bazar Buluh Kubu berdekatan satu dengan lain dan anda boleh pergi dengan jalan kaki.

Full of Silverware, songket, batik and woodcarvings. Business hours is 10.30 am - 5.45 pm daily except Fridays.

Bank Pitis

bank pitis

Friday, January 9, 2009

Nasi Ulam Budu

Bilamana hampir tengah hari, tempat untuk menjamu selera yang terdekat adalah nasi ulam. Restoran Nasi Ulam Cikgu berada di bawah Muzium Kraftangan, bersebelahan Istana Jahar tadi (Jalan Hilir Kota). Kat sini menu utama dia adalah nasi hidang (layan diri) berkonsepkan makanan tradisional Kelantan, apalagi budu le. Pengunjung boleh mengambil budu, ulam-ulaman, lauk ikan tongkol, ikan kembong goreng, ayam kampung goreng dan satu jag air minuman dengan kadar berpatutan. Kedai ini diusahakan oleh Cikgu Abdul Hamid Idris.

Sepupu saya orang Johor yang amat sukar nak makan budu telah mencatat sejarah bila makan budu kat sini. Bila makan dah tak geli katanya. Cuba pergi selepas 12 30 tengah hari, semua kerusi mesti penuh. Time cuti persekolahan kalau nasib baik dapat lihat artis-artis dari KL makan kat sini. Ditutup pada hari Jumaat

Istana Balai Besar

Pintu Istana Jahar

istana balai besar

Setelah penat berehat di perkarangan pintu gerbang, kita boleh berjalan kaki ke Istana Jahar. Dari jauh dah nampak pintu pagar dia. Biasanya time cuti am kawasan istana ni penuh dengan rombongan pelancong. Kawasan depan istana ni juga menjadi kawasan parking basa-bas pelancong.

Tuesday, January 6, 2009

Istana Jahar

istana jahar

Built in 1887 by Sultan Muhamad 11 for his grandson Long Kundur, this former palace, Istana Jahar, is now a museum. The intricate woodcarvings are testimony to the superb craftsmanship of the Kelantanese. Photographs, artifacts and exhibits on Kelantan’s rich cultural heritage will keep visitors enthralled. Among the exhibits seen here are high-class traditional handicrafts such as songket, royal artifacts and silver craft. Also seen inside this structure are displays of court life and a wonderful display of Malay weapons at the Weapon Gallery.Currently known as the Museum of Royal Traditions and Customs, Istana Jahar was a token from Sultan Mahmud II to his grandson, Long Kundur." Jalan Hilir Kota. This former palace, Istana Jahar, is now a museum.

Mercutanda Kota Bharu

pintu gerbang

Dipuncak pintu gerbang ini terletak replika al-Quran yang menggambarkan kebesaran dan kemuliaan al-Quran itu sendiri dan sebagai simbolik kepada kerajaan ini sendiri.
Binaan ini menjadi mercutanda bandar Kota Bharu. Jika anda melawat ke Kota Bharu, tidak lengkap jika tidak berehat di kawasan ini. Mercutanda ini berada berhampiran dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka, Bazar Buluh Kubu, Tambatan Diraja ditepian Sg Kelantan, Kampung Kraftangan dan Istana Jahar. Semua ini berada berhampiran pusat bandar dan anda boleh berjalan kaki untuk melawat antara satu dengan yang lain. Anda dapat parkir kereta atau bas dengan mudah dihari biasa, walau bagaimanapun ia teramat sukar di musim perayaan dan cuti sekolah. Bila ingin menjamu selera tidaklah susah kerana disekelilingnya banyak kedai makan dan gerai menjual makanan ringan. Di waktu malam terdapat banyak gerai bergerak yang menjual kacang rebus dan sotong bakar.

Welcome to Kelantan in Peace

Salam Perkenalan.
Kelantan pernah menjadi negeri jajahan Siam. Dalam kurun ke-18 seorang Putera Kelantan bernama Long Yunus berjaya menguasai takhta Kerajaan Kelantan dan membentuk satu warisan Kesultanan Kelantan yang masih kekal ke hari ini.
Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi. Negeri Kelantan ada 10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Penduduknya seramai 1.4 juta orang yang mana bangsa Melayu sebanyak 94%.

Map Kelantan 2

Kelepasan Am Malaysia 2009

Jalan ke Kelantan
Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak ke Kuantan, Pahang (3 jam). Seterusnya dari Kuantan ke Kuala Terengganu, Setiu, Besut terus ke Kota Bharu (4 1/2 jam)
Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak di Bentong, menuju Raub dan seterusnya ke Gua Musang terus ke Bandar Kota Bharu.
Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak di Temerloh, menuju Jerantut, Benta dan Gua Musang terus menghala ke Kota Bharu.
Dari Pulau Pinang (Utara) melalui Sungai Petani, Baling, Grik dan melalui Lebuhraya Timur-Barat ke Jeli di Kelantan terus menghala ke Kota Bharu.